Anak anda bijak jika miliki lima ciri ini

In: Parent child On: Wednesday, November 23, 2016 Comment: 0 Hit: 474

Mama dan papa tentu bangga jika punya anak yang bijak. Kecerdasan otak boleh dilatih dengan pelbagai kegiatan positif namun jika si kecil anda memilikinya secara semula jadi, pasti andalah ibu dan bapa yang paling bahagia.

Anak anda bijak jika miliki lima ciri ini ~!

Mama dan papa tentu bangga jika punya anak yang bijak. Kecerdasan otak boleh dilatih dengan pelbagai kegiatan positif namun jika si kecil anda memilikinya secara semula jadi, pasti andalah ibu dan bapa yang paling bahagia.

Kenali lima ciri anak yang cerdas dan bijak:

1.Aktif - Gerakan fizikal yang dilakukan anak membantu perkembangan otaknya sehingga mereka lebih cerdas. Oleh itu rangsanglah anak anda dengan banyak aktiviti fizikal dan permainan mengasah otak.

2.Konsentrasi - Perhatikan si kecil ketika sedang bermain. Adakah mereka begitu fokus dan khusyuk apabila bermain atau melakukan sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mampu memberikan perhatian adalah salah satu ciri anak yang cerdas.

3.Kuat daya ingatan - Jika anak anda sering kali menagih janji kepada anda, jangan gusar kerana hal tersebut menunjukkan daya ingatan si kecil yang kuat. Ia lebih mudah untuk mereka menghafal maklumat dan menjadi lebih berdikari dalam kehidupan sosialnya nanti.

4.Kaya kosa kata - Anak yang memiliki perbendaharaan yang tinggi menandakan kemampuan verbal yang baik. Anak dengan ciri seperti ini memiliki kecerdasan berbahasa dan merupakan salah satu petanda bahawa ia anak yang cerdas. Anak yang cerdas juga biasanya mampu membaca lebih awal berbanding teman sebayanya.

5.Ingin tahu - Jangan bosan menjawab pertayaan anak anda. Salah satu ciri bahawa anda memiliki anak yang cerdas adalah dia selalu bertanya dan ingin tahu setiap apa yang dilihatnya.

 

Copy paste from magazine Pa&Ma November 2016

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs