Anak sering kencing malam? Jom ikuti tip ni

In: Root On: Thursday, June 21, 2018 Comment: 0 Hit: 595

Anak kerap kencing malam bukan perkara biasa. Tidak ada penjelasan yang tepat yang dapat dihuraikan mengenai penyebab utama maslaah kencing malam ini boleh berlaku. Kebiasaanya disebabkan oleh perkembangan kanak-kanak itu lambat, mengalami jangkitan pada salur kencing, diabetes dan lain-lain masalah kesihatan.

anak-kencing-malam.jpg

Jadi, sekiranya anda dapat mengesan awal masalah kencing malam ini pada anak anda, usahakan membawa anak anda mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar tertentu. Jangan biarkan mereka tanpa sebarang rawatan susulan kerana masalah kencing malam boleh dihentikan.

Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan sehingga kanak-kanak membesar ini menyebabkan stres atau tekanan psikologi. Mereka akan berasa malu untuk berhadapan dengan rakan sebaya dan paling ketara adalah memencilkan diri. Sebagai ibu bapa anda harus berusaha merawat anak anda dan jangan sesekali memarahinya. Harus diingat kencing malam berlaku dalam keadaan dia tidak sedar.

Jom ikuti tip ini untuk anak anda:

1. Bangunkan mereka pada waktu malam untuk ke tandas. Lama kelamaan mereka akan bangun sendiri bagi membuang air kecil.

2. Jangan mengejek si kecil kerana mereka cenderung berasa malu dan tertekan. Sebaliknya nasihat dan terus menyokong mereka serta berusaha merawatnya.

3.Pastikan anak anda bangun sepenuhnya dan jangan dukung mereka supaya mereka dapat mengingati tujuan sebenar dibangunkan untuk ke tandas pada malam hari.

4. Beri si kecil minum banyak pada waktu siang dan bukannya malam. Terhadkan pengambilan air terutamanya jenis berkarbonat. Elakkan memberi anak minum minuman bergula dan berkafein.

5. Beri pujian dan semangat apabila anak anda tidak kencing malam.

6. Sokongan moral penting dan elakkan daripada mendenda anak sebaliknya berikan perangsang agar dia berjaya mengatasi masalah itu suatu hari nanti.

7. Terdapat alat pengesan bertindak balas dengan kelembapan dan biasanya digunakan sebagai rawatan ke atas kanak-kanak yang mengalami stres.

8. Jaga pemakanan mereka dengan menambahkan banyak sayur-sayuran dan makanan berkhasiat. Ini penting untuk mengelakkan mereka daripada mengalami sembelit yang biasanya mengurangkan jumlah air kencing ditahan di pundi kencing.

9. Segera dapatkan rawatan pakar jika tidak mampu mengatasi sendiri masalah kencing malam si kecil.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs