Apakah Kepentingan Membaca Kepada Bayi?

In: Parent child On: Wednesday, May 17, 2017 Comment: 0 Hit: 321

baby-reading-book-121015.jpg

“P untuk Pandai!”
MEMBACA BUKU KEPADA BAYI

Amir amat menyukai buku. Ibunya tahu kerana setiap kali dia duduk bersama Amir dan baca kepadanya, Amir menjadi sangat gembira.

Buku kegemaran Amir adalah “Selamat Malam Cik Bulan” yang menunjukkan seekor lembu melompat di atas bulan. Amir akan tergelak setiap kali memegnag buku tersebut dan apabila habis membaca, dia akan memasukkan buku ke dalam mulutnya.

Amir hanya berusia enam bulan tetapi gayanya menunjukkan dia akan menjadi seorang pembaca.

Apakah Kepentingan Membaca Kepada Bayi Saya?
Anda mungkin sedang memikirkan tentang kebaikan membaca kepada bayi anda. Seorang bayi tidak akan memahami segala yang sedang anda lakukan dan sebabnya tetapi anda tidak akan tunggu untuk bercakap dengan si kecil sehingga dia memahami,bukan? Dan anda tidak akan menyayi kepada si kecil sehingga dia boleh menyanyi dengan sendirinya atau dia boleh bermain dengan permainannya sebelum anda memberikannya alat-alat mainan.

Membaca kepada bayi anda adalah aktiviti yang sangat bagus dan anda boleh lakukan walaupun untuk beberapa tahun kemudian-ia adalah bentuk rangsangan yang penting.

Membaca kepada bayi akan :

  • Mengajar seorang bayi tentang komunikasi
  • Memperkenalkan konsep seperti cerita, nombor, huruf, warna dan bentuk dalam cara yang menyeronokkan
  • Membentuk kemahiran mendengar, memori dan kosa kata
  • Memberi bayi maklumat tentang dunia di sekitar merekaa

Percaya atau tidak, apabila seorang bayi berusia satu tahun, mereka sudahpun mempelajari bunyi yang diperlukan untuk bertutur dengan bahasa ibundanya.Lagi banyak cerita yang dibacakan, si kecil akan terdedah dengan lebih banyak perkataan dan boleh bertutur dengan senangnya. Mendengar perkataan membantu untuk membina rangkaian perkataan di dalam otak seseorang bayi. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang sentiasa bercakap atau membaca tahu lebih banyak perkataan pada usia dua tahun daripada kanak-kanak yang ibu bapanya tidak membaca kepada mereka. Dan kanak-kanak yang terdedah dengan pembacaan buku semasa tahun-tahun awal lebih senang untuk membaca dan menulis pada usia yang betul.

Semasa membaca, anak anda akan mendengar anda menggunakan pelbagai perasaan dan bunyi yang akan mengalakkan perkembangan sosial dan emosional. Membaca juga mengajar bayi anda untuk melihat, menunjukkan, menyentuh dan menjawab soalan-kesemua ini akam memberikan perkembangan sosial dan kemahiran berfikir. Kemahiran bahasa bayi anda juga akan menjadi lebih baik dengan meniru bunyi, mengenal gambar dan mempelajari pelbagai perkataan.

Tetapi, sebab yang paling penting membaca kepada bayi anda adalah membuat hubungan dengan perkara yang paling disukai bayi anda- suara dan kemesraan bersama anda- dan buku-buku. Meluangkan masa dengan membaca keada bayi anda akan membantunya kemahiran membaca yang berbaloi untuk dipelajari.

Usia dan Peringkat Berbeza
Bayi kecil mungkin tidak memahami gambar-gambar yang terdapat di dalam buku tetapi mereka boleh fokus, terutamanya muka, warna terang dan corak-corak. Membaca atau mendodoikan lagu akan menenangkan bayi anda.

Di antara empay dan enam bulan, bayi anda akan menunjukkan minatnya kepada buku-buku. Dia akan memegang buku seta mengigit dan membaling buku. Pilihlah buku yang diperbuat daripada kain ataupun vinyl dengan warna ternag dan perkataan yang berulang.

Di anatar enam dan 12 bulan pula, anak anda bermula untuk memahami gambar yang mewakili objek dan akan menyukai sesetengah gambar,mukasurat ataupun cerita. Bayi anda akan memberi respon apabila anda membaca dengan merampas buku ataupun membuat bunyi. Apabila bayi anda sudah berusia 12 bulan, dia sudah bermula untuk membelek mukasurat (dengan bantuan anda), menepuk atau menunjuk objek di mukasurat dan meniru bunyi anda.

Bila dan Cara Untuk Membaca

Perkara bagus apabila anda membaca kepada anak anda adalah :
Ia tidak menggunakan kemahiran istimewa atau alatan, hanya anda, bayi anda dan beberapa buah buku. Bacalah selama beberapa minit tetapi anda haruslah sentiasa membaca kepadanya. Jangan risau jika anda tidak dapat membaca habis buku tersebut – fokuslah kepada mukasurat yang digemari.

Cubalah bahagikan masa untuk membaca setiap hari- mungkin sebelum waktu tidur. Selain mendapat keseronokkan memeluk si manja, anda juga akan mendapat kesenangan dalam memulakan rutin. Ini akan membantu dalam menenangkan bayi anda dan membantu mengjangkakan waktu tidurnya.

Ia juga bagus untuk membaca pada waktu lain. Pilihlah masa apabila si manja sudah makan dan masih segar. Buku-buku juga berguna apabila anda harus menunnggu jadi bawalah beberapa buku di dalam beg lampin semasa menunggu di klinik ataupun di mana-mana sahaja.

Berikut adalah beberapa tip membaca :

  • Memeluk sambil membaca akan membantu anak anda berasa selamat dan mesra
  • Membaca dengan ekpresi, membuat pelbagai gaya semasa membaca (mimik suara sepert suara kartun)
  • Jangan risau tentang mengikuti teks dengan betul. Berhenti seketika dan tanyalah soalan kepada si kecil ataupun komenlah gambar ataupun teks tersebut.(“Di manakah kucing itu? Itu dia! Comelnya kucing ni!) Anak anda mungkin tidak boleh memberi respon lagi tetapi ini akan membantunya.
  • Nyanyilah lagu-lagu budak kecil, meniru bunyi haiwan atau geleteknya- apa-apa untuk menunjukkan bahawa membaca itu menyeronokkan.
  • Bayi-bayi amat menggemari-dan belajar daripada-pengulangan, jadi janganlah takut untuk membaca buku yang sama. Apabila anda sedang membaca buku tersebut, anda harus berikan penekanan sama (sama juga apabila anda mendengar lagu yang biasa didengar)
  • Apabila bayi anda menjadi lebih dewasa, galakkan mereka untuk menyentuh buku atau memegang buku yang tegap, vinyl , kain ataupun buku yang diperbuat daripada kertas keras. Jangan galakkan mereka menggigit buku mereka, tetapi apabila mereka memasukkan buku ke dalammulut mereka, bayi anda sedang mempelajari tentang buku tersebut (dengan merasa buku itu!) dan mendapat tahu bahawa ia boleh dimakan!

Apa Yang Patut Dibaca
Buku untuk bayi harus mempunyai perkataan berulang dan senang serta gambar yang terang. Semasa beberapa bulan pertama, bayi anda gemar mendengar suara anda jadi anda boleh membaca apa-apa sahaja, terutamanta buku yang mempunyai perkataan berirama. Apabila bayi anda berminat untuk melihat objek-objek, pilihlah buku dengan gambar senang.

Apabila bayi anda sudah bermula untuk merampas, bacalah buku yang diperbuat daripada vinyl atau kain dengan pelbagai gambar muka, warna terang dan pelbagai bentuk. Apabila bayi anda sudah memberi respon kepada isi buku tersebut, bacalah buku yang diperbuat daripada kertas keras dengan gambar bayi dan objek biasa dilihat seperti alat permainan. Apabila bayi anda sudah bermula duduk di tab mandi atau makan, carilah cerita senang tentang rutin seharian seperti waktu tidur atau waktu mandi. Setelah si manja anda bermula untuk bercakap, pilihlah buku yang membolehkan si kecil mengulangi perkataan atau frasa senang.

Buku-buku yang mempunyai cermin dan tekstur berlainan (lembut, kasar, renyuk) adalah sangat bagus untuk si manja yang berada dalam kumpulan usia ini, begitu juga dengan buku pop-up atau yang boleh di buka – sebagai kejutan! Buku yang diperbuat daripada kertas keras lebih senag dibalikkan untuk bayi kecil dan buku kain vinyl boleh dibawa di mana-mana sahaja – walaupun dalam tab mandi. Bayi-bayi amat menggemari album gambar dengan pelbagai gambar orang yang dikenali dan sayang. Dan setiap bayi haruslah mempunyai koneksi nursey rhymes!

Salah satu cara yang terbaik untuk anak anda membesar menjadi seorang pembaca adalah mempunyai pelbagai buku di rumah. Apabila bayi cukup dewasa untuk merangkak, pastikan terdapat bukun di dalam bakul mainannya.

Jangan lupa untuk membeli buku untuk si kecil apabila anda berada di dalam kedai buku. Membaca adaah salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan salah satu cara anda boleh menjadi role model yang baik.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs