Apakah Personaliti Bayi Anda? Dan Apa Yang Bayi Anda Perlukan?

In: Parent child On: Monday, February 13, 2017 Comment: 1 Hit: 567

Apakah Personaliti Bayi Anda?
Personaliti semulajadi atau terpendam bayi anda dapat membantu anda menentukan bagaimana dia makan, tidur dan bertindak balas terhadap perkara-perkara dominanya dan anda akan dapat mencari jalan termudah untuk membuatkannya selesa dan berpuas hati.

Bayi Aktif

Sesetengah bayi tidak berhenti bergerak.

Apa yang dia perlukan dari anda : Bayi yang aktif gemar meneroka dan ia adalah sifat yang anda perlu cuba kembangkan. Pilih alat permainan yang boleh mengalakkan permainan aktif, bawa dia bersama ketika anda berjalan-jalan di taman permainan atau ke kelas gim bayi untuk mendapat lebih stimulasi.

Kanak-kanak kecil ini selalunya suka berkeliaran, jadi anda perlu berwaspada terutamanya terhadap alat-alat childproofing. Walaupun anda telah menutupi setiap salur keluar elektrik dan mengikat langsir rumah anda, cari di seluruh pelusuk rumah anda akan halangan-halangan yang kurang jelas. Ikatkan meja solek yang kurang bahaya ke dinding kerana si peneroka kecil ini akan cuba memanjatnya!

Ia juga adalah penting untuk memberikan si kecil anda yang aktf ini masa untuk berhenti pada penghujung hari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin masa tidur yang menenangkan dan boleh dijangka bagi membantu mereka tidur dengan baik. Mainkan muzik yang lembut, bacakan cerita kegemarannya atau berikan urutan lembut agar dapat membantu dia rehat.

Bayi Lemah-Lembut
Di satu spektrum lain pula, terdapat bayi-bayi yang bersifat lemah-lembut dan tidak banyak membuat peragai, yang mana mereka berasa puas hati dengan menghiburkan diri mereka sendiri.

Apa yang dia perlukan dari anda : Walaupun anda mempunyai bayi yang tidak mudah meragam yang mana dia boleh bertolak ansur dengan kebanyakan jadual yang kelam-kabut, tetapi adalah penting untuk mengekalkan satu rutin. Anda tidaklah perlu bersikap tegas mengenai penjadualan. Sarapan pagi tidak semestinya perlu disiapkan tepat pada jam 7 pagi tetapi ia perlu disiapkan pada rangka masa yang sama dan waktu tidur juga mestilah boleh dijangkakan. Anda boleh bersikap sedikit longgar jika ia melibatkan masa tidur singkat, masa mandi dan masa keluar berjalan-jalan.

Anda harus memastikan bayi lemah-lembut anda mendapat masa secukupnya untuk aktiviti fizikal. Ia mudah untuk memikirkan yang “Okey, si kecil tidur dengan tenang sepanjang hari dan tidak banyak meragam”. Tetapi hakikatnya, si kecil memerlukan perkembangan dari segi interaksi, kasih sayang dan stimulasi.

Bayi Sensitif
Bayi jenis ini mudah lemah terhadap stimulasi di dalam persekitarannya. Dia akan mudah berasa sedih apabila mendengar bunyi yang kuat dan akan terliuk-lentok apabila tag pada baju menggesel lehernya. Apabila dia terdedah kepada bau yang kuat, bunyi yang pelik atau aktiviti yang banyak, dia akan cepat berasa dibebani.

Apa yang dia perlukan dari anda :  Pelajari isyarat-isyaratnya. Pada mulanya anda akan berasa sedikit hampa apabila anak anda kerap menangis terhadap perkara0perkara kecil. Hakikatnya, bayi anda hanya bersikap terlalu berhati-hati dan dia mahukan anda memberi perhatian kepadanya. Kelak anda akan tahu bagaimana untuk lebih memahami anak anda. Elakkan situasi-situasi yang boleh menyebabkan berasa sensitif dan hormatilah batasannya. Jika dia berasa sesak di medan selera yang bising, contohnya, cuba bawa dia keluar dari tempat itu untuk beberapa minit. Jika stoking yang dipakai merengsakannya, biarkan dia berkaki ayam.

Tetapi pastikan anda tidak mengalihkan semua alat stimulasi daripada kehidupan bayi anda. Kanak-kanak yang sensitif memerlukan pendedahan kepada bunyi-bunyian, tekstur dan rasa yang baru untuk mengalakkan perkembangan mereka tetapi bayi jenis ini memerlukan lebih sedikit pendedahan daripada jenis bayi lain. Taktik menenangkan seperti membuai,memeluk dan membedung juga dapat membantu.

Bayi Cerewet
Sesetengah bayi tidak pernah kelihatan gembira sepenuhnya. Mereka akan menangis jika mereka terlepas waktu tidur ringkas mereka dan mereka enggan memakan makanan yang baru diperkenalkan malah mereka menangis apabila melihat muka baru. Bagi kanak-kanak cerewet, sesuatu yang tidak dijangkakan oleh mereka merupakan perkara yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Apa yang mereka perlukan dari anda : Adalah penting untuk anda mengikut jadual bayi cerewet mempunyai masalah dengan struktur. Elakkkan daripada membawanya keluar berjalan jika ia menganggu rutin waktu tidur sementaranya. Ini bagi mengelakkannya daripada meragam dan menangis.

Jangan elakkan anak anda daripada menyelami pengalaman baru yang dapat mengalakkan kemahiran sosial dan kognitifnya. Ambil langkah-langkah perlahan untuk mengurangkan ketakutannya terhadap ketidakbiasaan. Biarkan bayi anda mengucapkan selamat kepada orang baru dan lepaskannya daripada pelukan anda atau perkenalkan anak anda kepada jiran anda. Anda perlu menerima hakika bahawa anak anda bersikap cerewet. Anak anda memerlukan lebih perhatian daripada anda untuk membantunya berasa selamat dan gembira di dalam dunianya.

Apakah Personaliti bayi Dapat Diramal?
Mungkinkah bayi sensitif anda membesar menjadi kanak-kanak yang lebih berani? Adakah bayi lasak anda membesar menjadi pengacau? Para pakar menyatakan jawapannya sebagai “mungkin atau mungkin tidak”. Kajian terkini mendapati bahawa terdapat satu kaitan di antara kecerewetan semasa kanak-kanak dan masalah perangai apabila dewasa kelak. Tetapi, ada juga didapati bahawa apabila ibu bapa mempunyai interaksi yang positif dengan bayi-bayi mereka, misalnya, membacakan mereka buku cerita dan mambawa mereka berjalan-jalan, isu peragai sebegitu tidak timbul lagi dan akhirnya akan hilang.

Sesetengah daripada kajian jangka panjang juga menyatakan kesimpulan asas yang sama. Sifat-sifat awal yang ada pada bayi mempunyai impak terhadap peragai dewasa mereka, walau bagaimanapun, kajian ini juga menyimpulkan bahawa semua pengalaman kanak-kanak itu termasuk di rumah, sekolah dan ketika bersama-sama rakan sebayanya memainkan peranan penting dalam membentuk personalitinya. Kesimpulannya? Berikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya dan perhatikan anak anda membesar menjadi seorang yang baik budi pekertinya.

Comments

Created On Saturday, September 9, 2017 Posted By Stuarzninge Comment Link
buy viagra online login http://100mg.viagra-withoutadoctor.net - viagra without a doctor prescription skipping doses viagra 2.5 viagra without a doctor - viagra generic canada user rights viagra dosage 20 mg announcements
Showing 1 - 1 of 1 item

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs