AWAS ! Bila Kolik Menyerang !

In: Parent child On: Monday, January 16, 2017 Comment: 0 Hit: 947

Bayi anda secara tiba-tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu ? Ini adalah antara ciri, bayi mengalami masalah kembung atau turut dikenali sebagai kolik. Ketahui apa itu kolik, bagaimana ia terjadi dan cara mengatasinya.

baby-cry.jpg

Awas Bila Koilk Menyerang !

Bayi anda secara tiba-tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu ? Ini adalah antara ciri, bayi mengalami masalah kembung atau turut dikenali sebagai kolik. Ketahui apa itu kolik, bagaimana ia terjadi dan cara mengatasinya.

Apa itu kolik?
Colic berasal daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon(organ yang terletak di dalam perut). Berabad lamanya kita percaya bahawa kolik disebabkan oleh kesakitan atau ketidakselesaan di dalam perut bayi.
                Umumnya kolik terjadi pada bayi berusia lima bulan ke bawah. Kolik sering terjadi pada waktu malam. Reaki bayi yang mengalami kolik ialah menangis tanpa henti, sukar ditenangkan walaupun sudah disusui dan didukung. Biasanya pada permulaan kolik, wajah akan kemerahan, memek muka tampak menahan kesakitan diikuti dengan gerakan kaki ke arah perut. Kolik juga boleh menyebabkan bayi menangis berlarutan beberapa jam sepanjang malam dan sukar ditenangkan.

Simptom
Secara purata, kebanyakan bayi yang bukan kolik menangis selama dua jam dalam sehari. Ikuti karakter dan kekerapan tangisan bayi kolik seperti berikut:
*Simptom bermula seawal tiga minggu
*Sekurang-kurangnya tiga jam dalam sehari
*Tiga hari seminggu, selama tiga minggu berturut-turut dan selalunya akan berhenti selepas usia tiga bulan.

Teori kolik
Penyebab kolik pada bayi belum diketahui secara tepat. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang menjadi alasan terjadinya kolik. Antaranya ialah system pencernaan yang belum sempurna, alahan terhadap protein susu formula, dikaitkan dengan terlalu banyak meminum susu formula dan ibu menyusu yang tidak menjaga pemakanan.

Makanan pencetus kolik
Makanan-makanan ini antara yang mungkin menyebabkan perut bayi kembung:
1. Produk tenusu (susu lembu,dadih,yogurt,aiskrim)
2. Bawang merah
3. Coklat
4. Kekacang seperti kacang tanah, tauge, kacang hijau
5. Jagung
6. Gandum
7. Tomato
8. Strawberi
9. Brokoli
10. Kubis dan bunga kubis

Pencegahan kolik
Cegah selagi boleh. Tidak ada cara yang tepat untuk mencegah. Biarpun begitu, tiada salahnya untuk anda mencuba meminimumkan penyababnya. Misalnya, periksa posisi mulut bayi adalah betul semasa menyusu dan sendawakan dia setelah selesai menyusu.

Redakan kolik bayi
Jika bayi anda didapati mengalami kolik, ada beberapa cara untuk meredakan tangisannya. Yang pasti, jangan cepat putus asa! Jika gagal, cuba cara lain untuk membantu bayi anda.

Tepukan memberikan kelegaan sama ada memberikan tekanan atau tidak.
1. Dukung bayi dan sendawakan. Lakukannya dalam tempoh lima minit.
2. Baringkan ke bawah dan tepuk bahagian belakang. Lakukannya higga lima minit.
3. Gosok dengan memberi tekanan dan tepuk ketika dia berada di atas katil. Lakukan selama lima minit.
4. Jika bayi mulai tidur, masukkan bayi dalam kain penggedong bayi (baby slig). Gosok dengan menekan dan menepuk pada bahagian belakangnya.

Dukung
1. Cara dukung yang selamat akan membuatkan bayi selesa. Alat bantu untuk mendukung bayi amat berguna untuk bayi baru lahir.
2. Ia membuatkan bayi dalam kedudukan seperti dalam kandungan ibu. Cara posisi dukungan akan memberikan tekanan yang melegakan bayi. Ia juga mengelak bayi daripada terlalu aktif.
3. Posisi ruang yang tetap semasa mendukung bayi membuatkan bayi selesa dengan penjaganya.

Balut bayi dengan kain
1. Membalut bayi dengan kain mengehadkan pergerakan anggota tangan dan kakinya.
2. Cara ini membantu meluruskan anggota badan
3. Ia mengelak gangguan tindak balas yang aktif daripada bayi.
4. Ia adalah bentuk tekanan yang menyerupai keadaan bayi semasa dalam kandungan ibu.

Apabila anda berasa kekecewaan kerana bayi menangis secara berterusan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan, letakkan bayi di tempat tidurnya, lalu matikan lampu kamar. Dengan cara ini, anda dan bayi boleh berasa tenang. Yang penting, jangan panik. Kolik akan menghilang dalam beberapa minggu, dan tidak ada kesan jangka panjang terhadap kesihatannya. Malah, umumnya dikatakan bayi yang kolik tetap punya nafsu makan yang baik serta kenaikan berat bandanya normal.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs