AWAS MAMA ! Jangan Sampai Tersedak !

In: Parent child On: Friday, January 6, 2017 Comment: 0 Hit: 371

ee198d6f805a8de7010e68add607a043.jpg

Si kecil yang baru belajar makan makanan pepejal biasanya akan merengek-rengek bila melihat ibu bapanya makan. Mereka seolah-olah meminta untuk disuapkan makanan yang sedang anda makan. Apa tindakan anda? Sekiranya masih keliru baca panduan ini ya!

               Melihat anak merengek-rengek minta disuapkan pastinya buat anda jadi seba salah. Mahu diberi anak baru sahaja belajar makan makanan pepejal dan masih terlalu awal untuk mencuba makanan dewasa. Tak diberi, tak sampai hati. Jadi apa yang pautu anda buat? Jawapannya tak salah untuk memberi si kecil mencuba tetapi anda perlu berhati-hati. Jangan sehingga menyebabkan anak-anak tercekik atau tersedak.

                Apa yang membimbangkan kes tersedak boleh terjadi kepada sesiapa sahaja walaupun mengambil makanan yang sedikit sahaja dan nampak tidak bahaya. Untuk menghindari risiko tersebut, anda seharusnya memilih dan memberi makanan yang sesuai dengan usia anak.

 

Berikut antara info yang wajib anda tahu!

  1.        Makanan yang disajikan dalam ukuran yang salah boleh menjadi penyebab anak tersedak pada usia mereka sekitar 12 hingga 24 bulan.
  2.        Potongan makanan yang berukuran lebih besar daripada sebutir kacang boleh menyebabkan rongga tekak anak anda tersumbat. Jadi jangan sesekali memberi si kecil makan ketika anda tidak mengawasi mereka.
  3.        Untuk kanak-kanak berusia 24 bulan ke atas kebanyakannya mampu utnuk makan pelbagai makanan, namun kemungkinan untuk mereka tersedak makanan juga akan ada. Hindari beberapa jenis makanan dan biasakan anak anda untuk fokus ketika makan serta tidak bermain.
  4.        Elakkan memberi makanan ini kepada anak anda:
     
  •          Makanan bersaiz kecil dan teksturnya keras seperti lolipop,kekacang dan bertih jagung(popcorn)
  •          Makanan bertekstur lembut dan kenyal seperti marshmallow, jeli atau gula-gula gummy
  1.        Ada beberapa makanan jika tidak diolah dengan baik, boleh menyebabkan anak tersedak.

 

6.       Walaupun agak berisiko memberi si kecil makan makanan yang anda makan namun ini tidak bermakna anda perlu menyekat anak-anak daripada mencuba. Si kecil sememangnya perlu mencuba perbagai makanan supaya mereka tahu rasa setiap makanan yang bakal dihidangkan. Apa yang penting adalah anda tahu apa yang patut dan tidak patut anda lakukan.

 

 Hindari anak tersedak & tercekik

Untuk menghindari anak tersedak atau tercekik, anda hanya perlu mempersiapkan bahan makanan dengan baik dan ingat beberapa perkara ini :

  •          Potong buah dan sayuran menjadi ukuran kecil, kira-kira lebih kecil daripada duit syiling.
  •          Buah seperti anggur dan ceri dipotong empat, kacang dibahagikan dua, jika ukurannya besar boleh dipotong lebih kecil lagi.
  •          Sosej ataupun sayuran mentah dipotong panjang.
  •          Mentega kacang dioles nipis di atas roti.
  •          Sebaiknya popcorn dan gula-gula seperti lolipop tidak dikenalkan pada anak hingga usia mereka 4 tahun.

 

Sebagai ibu bapa anda perlu memastikan anak-anak anda makan dengan selamat dan selain mendapat khasiat yang secukupnya untuk tumbesaran mereka. Langkah pencegahan yang boleh anda ambil untuk mengelakkan daripada kejadian tersedak adalah dengan memerhatikan anak-anak setiap kali mereka makan. Amalan makan sambil duduk adalah lebih baik daripada makan ketika beridir atau berjalan. Jika perlu anda juga boleh mempelajari teknik CPR untuk digunakan jika berlaku kecemasan seperti keadaan ketika anak anda tersedak.

 

Info

Awas!!! Tanda kanak-kanak sedang tercekik

  1.        Tidak boleh bercakap dan menangis
  2.        Muka menjadi biru.
  3.        Memegang tekak dan minta bantuan
  4.        Kelihatan panik
  5.        Tidak sedarkan diri

 

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya anak tercekik atau tersedak

Dalam situasi ini, anda boleh menekan perut, juga dikenali sebagai manuver Heimlich. Ia adalah prosedur standard menyelamat jika anda sudah dilatih.

 

Copy paste form magazine Pa&Ma November2016

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs