Bahaya Darah Tinggi Selepas Bersalin

In: Root On: Friday, November 16, 2018 Comment: 0 Hit: 2387

Ibu Berisiko Eklampsia

Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri.

Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur atau berasa loya.

Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin.

Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya.

Eklampsia boleh terjadi semasa hamil, semasa melahirkan atau malah selepas bersalin. Ia boleh juga berlaku sehingga empat minggu selepas bayi dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia itu teruk. Eklampsia berlaku apabila membran otak (membran serebrum) menjadi terengsa. Ini boleh menyebabkan sawan atau konvulsi.

Ini meletakkan anda dan juga bayi anda dalam bahaya.

Eklampsia ialah penyakit yang berbahaya. Walau bagaimanapun, jika anda menghidap praeklampsia, sangat jarang bagi komplikasi jenis ini menjadi sangat serius sehingga boleh membahayakan nyawa. Komplikasi-komplikasi lain termasuk:

  • - kegagalan hati dan buah pinggang
  • - strok (pendarahan serebrum)
  • - cecair dalam paru-paru

KESAN EKLAMPSIA :

1)Menjadi koma atau maut akibat pendarahan dalam otak

2)berkemungkinan buta atau lemat angota seperti pesakit pesakit angin ahmar

3)bayi dalam kandungan menjadi kecil dari segi perkembantgannya.

4)berlaku pendarahan dalam uri (Abruptio Placenta)

5)bayi terpaksan dilahirankan pra-matang bagi menyelamatkan nyawa ibu.

 

Ibu hamil dinasihatkan sentiasa mengambil ubat –ubatan pada kadar yang disyorkan dan teratur seperti yang disyorkan oleh doctor untuk mengawal tekanan darah ini. Walaupun setelah melahirkan anak, bacaan tekanan juga hendakla sentiasa dipantau kerana eklampsia masih boleh berlaku dalam tempoh berpantang.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs