Berbekung bukan sekadar suka-suka

In: Parent child On: Tuesday, May 2, 2017 Comment: 0 Hit: 279

Berbekung bukan sekadar suka-suka
‘Rawatan bengkung memang terkenal dengan kemujaraban untuk mengempiskan perut wanita sebagaimana sebelum melahirkan cahaya mata. Bengkung akan mempercepatkan proses pemulihan bentuk abdomen wanita secara selamat dan semula jadi.’

Pada zaman dahulu, masyarakat melayu akan menjahitkan bengkung untuk digunakan oleh anak perempuan mereka selepas melahirkan. Bagaimanapun dunia yang sering dihambat waktu kini membuatkan proses menjahit bengkung untuk kegunaan sendiri kurang mendapat sambutan. Masyarakat kini lebih bertuah kerana bengkung tradisional dan moden banyak di pasaran. Ada yang pernah dengar tentang bengkung. Namun, masih ada yang kurang arif tentangnya.

                Tahukah anda, jenis-jenis bengkung yang terkenal adalah bengkung barut, bengkung super dan bengkung jawa. Bengkung barut sama rupanyaseperti bengkung yang dipakaikan kepada bayi yang baru lahir. Ia mempunyai tali-tali di kiri dan kanan fabrik yang perlu diikatkan bersama dengan ketat. Bengkung super pula adalah fabrik gaya korset yang mempunyai ikatan silang pangkah ke kiri dan kanan, terbahagi dua di bahagian atas dan bawah, selain sangat praktikal dan memudahkan ke tandas. Akhir sekali,bengkung jawa iaitu sehelai kain yang lebar dan mempunyai 15meter panjang. Ia diikat dan dibalut pada bahagian atas badan di hadapan dan belakang berakhir di paras bawah payudara.

31124929i-borong-my-05.jpg

Cara pemakain yang betul
Amat penting untuk memilih bengkung berkualiti tinggi yang mudah dilonggarkan sepanjang rutin harian berbengkung. Bengkung sepatutnya dipakai sepanjang hari dan setiap ketika, tidak mengira siang dan malam. Ini sebagai langkah untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
                Cara terbaik pemakaian bengkung adalah memakaikannya dari bawah dan melilitnya ke arah atas untuk menutup bahagian atas dan mematikan ikatannya di bawah payu dara. Cara melilit dan memakai bengkung perlukan teknik yang betul. Kesilapan memakainya akan menjejaskan pemulihan bahagian uterus.
                Mengikut tradisi melayu, cara terbaik pemakaian bengkung adalah dengan menyapukan minyak panas, herba dan rempah di bahagian abdomen dan belakang badan, kemudian barulah diikuti dengan pemakaian bengkung. Bagi wanita berpantang yang sukar mendapatkan ramuan lumur yang segar, anda boleh menyapukan krim panas atau krim bengkung yang turut tersedia di toko-toko jamu.

Manfaat berbekung
Ada sebab mengapa berbengkung cukup ditekan dalam amalan perbidanan selepas bersalin. Manfaat-manfaat yang diperoleh setelah menjalani proses berbengkung ini bukan sahaja memberikan impak yang hebat, malah memberikan latihan dan disiplin kepada para ibu.

  1.        Meratakan dan mengempiskan perut, mengurangkan berat badan dan menganjalkan tubuh.
  2.        Melindungi organ dalaman serta membantu mengembalikan organ yang bengkak kepada kududukan asal.
  3.        Menguatkan bahagian abdomen dan bahagian-bahagian lain pada tubuh badan yang telah hilang otot setelah proses melahirkan anak.
  4.        Menjaga postur tubuh yang baik ketika menyusukan bayi.
  5.        Memecahkan lemak dan selulit
  6.        Mengawal diri daripada terlebih makan

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs