Breastpump . perlu atau tidak

In: Root On: Monday, August 13, 2018 Comment: 0 Hit: 347

Masih mencari-cari breast pump yang bersesuaian dengan anda? Masih berkira-kira tentang bajet yang ingin di keluarkan? atau anda rambang mata melihat pelbagai jenis breast pump yang ada di pasaran? Jika ini kehamilan yang pertama, sudahkah anda menyediakan keperluan yang lain?

1) Perlu ke saya beli Breast pump?


Sekiranya anda adalah ibu yang bekerja. Adalah wajib membeli Breast Pump. Namun sekiranya anda suri rumah sepenuh masa, boleh mengamalkan teknik perahan marmet (guna tangan) maka tidak perlu lah beli Breast Pump.

2) Apa kegunaan penting Breast Pump yang mermerlukan saya beli Breast Pump?

 A-Engorgement - Bengkak susu selalunya terjadi pada awal2 penghasilan susu. Sewaktu bengkak susu akan mengalir laju sehingga ada setengah baby tersedak kerana tidak sempat menelan kuantiti susu yang laju dan banyak. Bengkak susu juga menyebabkan puting menjadi leper menyebabkan baby susah nk menggigit nipple. Oleh itu, ibu yang mengalami bengkak susu perlu mengepam susu terlebih dahulu supaya kadar pengeluaran susu menjadi perlahan.

B-Time alone for mom - Baby menghisap susu lama. Kadang2 sambil hisap dia akan tertidur sedangkan dia minum susu sikit sahaja. Jadinya ibu akan memegang baby waktu yang lama sehingga 1 jam. kalau masa tengah cuti bolehla, nak pegang lama-lama. Tapi bila kita dah kerja dan perlu buat kerja rumah. Takkan nak gendong lama kan.

C- Separation of mom & baby- Ibu yang bekerja atau berkursus perlu berpisah dengan anaknya. Ataupun jika baby ditahan di hospital manakala ibu dirumah pun akan berpisah juga. Jadinya breast perlu dikosongkan maka pam susu jika baby tidak menghisap. 

D-Mom is sick/needs surgery/etc - Ada ibu bersalin yang trauma dan sakit . Oleh itu, masih perlu mengepam susu.

E- Baby cannot or will not nurse - Ada baby yang kurang pandai menghisap. Atau ibu yang tidak mendapat sokongan untuk Breastfeeding kan anaknya. Jadi anda boleh mengepam susu dan bagi anak anda menghisap susu anda dalam kaedah lain. Ada juga baby yang minum sikit sahaja, sedangkan breast ibu masih ada banyak lagi susu. Jadinya ibu perlu mengepam habis susunya utk memastikan breast telah dikosongkan.

3) Apakah Kesan jika saya tidak mengepam susu / mengosongkan B?

A- Ibu boleh demam/sawan  akibat bengkak susu yang lama - Cara paling berkesan untuk menghilangkan bengkak susu adalah dengan mengosongkan breast.

B- Susu ibu akan cepat kering. Pernah tak dengar orang kata, "Jangan pam susu nanti susu kering". Okey, SILA JANGAN DENGAR CAKAP ORANG-ORANG SEPERTI ITU. Sebenarnya lagi cepat breast kita kosong,lagi banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu adalah bergantung kepada supply & demand. Lagi banyak susu digunakan, lebih banyak susu dihasilkan.

4) Bila perlu saya mengepam.

A- Hari pertama kelahiran bayi anda, anda sudah boleh mengepam susu. Sebenarnya, pam susu boleh menambahkan penghasilan susu. Oleh itu jika anda risau susu anda tiada, anda boleh mengepam susu walaupun susu tidak keluar. Ini kerana penghasilan susu adalah bergantung pada supply n demand.

B- Pam selepas menyusukan bayi. Mungkin anda rasa breast anda dah kosong. Tapi tiada salahnya kalau anda mengepam selepas baby menghisap breast anda. Bukan sahaja memastikan breast anda kosong, malah membantu menghasilkan lebih banyak susu. Kerana otak akan pikir "Eh, susu x cukup lagi. Tapi B dah kosong. Jadi otak akan menghantar mesej pada hormon badan - Kena hasilkan susu lebih banyak"

C- Apabila berasingan dengan bayi, anda perlu pastikan anda mengepam lebih kurang 3 jam sekali. Ini adalah untuk mengosongkan breast dan mengelakkan susu anda kering. Be punctual okey! jangan ponteng2. Nanti susu merundum.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs