Cabaran anak DEGIL ! Apa perlu anda buat?

In: Parent child On: Monday, December 5, 2016 Comment: 0 Hit: 908

Anak degil boleh didefinisikan sebagai meraka yang tidak mahu mendengar kata untuk kebaikan dirinya atau mengikut keperluan kedua ibu bapa. Dikatakan kedegilan mereka cuma tidak bersetuju dengan apa yang dipinta oleh ibu atau bapa.

Cabaran anak DEGIL !
Apa anda perlu buat ?

‘Orang kata tak nak! Tak nak la!’Anak degil apa yang harus dilakukan. Situasi ini ada kalanya boleh membuatkan anda hilang sabar. NORHASLIZA YUSOFF memberi panduan untuk  anda mengatasi masalah anak degil ini.

Anak degil boleh didefinisikan sebagai meraka yang tidak mahu mendengar kata untuk kebaikan dirinya atau mengikut keperluan kedua ibu bapa. Dikatakan kedegilan mereka cuma tidak bersetuju dengan apa yang dipinta oleh ibu atau bapa.
                Sikap anak yang degil atau tidak mahu menurut kata ini memang boleh membuatkan anda pening kepala melayannya. Lebih rumit lagi sekiranya anda mempunyai anak yang ramai dengan jarak usia yang tidak jauh bezanya dengan adik-beradik lain.
                Perasaan geram dan marah itu pasti akan timbul. Namun, ibu bapa haruslah banyak bersabar. Ini kerana sikap degil ini boleh dikatakan berlaku pada semua kanak-kanak dan ia sebenarnya adalah satu perkara yang normal pada peringkat usianya.
                Mengikut perkembangan moral Kohlberg, pada usia awalnya iaitu daripada usia satu hingga tujuh tahun, kanak-kanak masih peringkat di mana mereka akan bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh orang lebih dewasa kerana kuasa mutlak adalah di tangan orang dewasa.
                Tetapi jika sebaliknya berlaku iaitu masih membantah, ini menunjukkan bahawa mereka terlalu tidak puas hati dan tidak diberi peluang langsung untuk membela diri atau meluahkan apa yang mereka mahukan.

Faktor penyebab

Salah satu punca yang membuatkan kanak-kanak berani membantah ialah faktor persekitaran. Kanak-kanak adalah ‘peniru unggul’ dan meraka akan berlajar sesuatu melalui proses pemerhatian. Peniruan yang dilakukan termasuk melihat sikap orang yang rapat dengannya, menonton televisyen rancangan drama atau kartun dan sebagainya.
                Apabila sentiasa menonton apa yang ditayangkan oleh pihak media elektronik dan pemerhatian langsung di prasekolah menyebabkan mereka tahu dan telah ada pengalaman tentang apa hendak diperkatakan jika meraka tidak setuju dengan sebarang arahan.
                Akibat  mereka berani membantah dan tiada pula bangkangan daripada ibu bapa yang menyebabkan mereka rasakan tindakan mereka itu betul. Akhirnya mereka begitu berkeyakinan dan berani untuk menjawab setiap arahan atau permintaan oleh ibu bapa.
                Justeru, untuk menghadapi kerenah anak-anak seperti ini, pendekatan yang harus digunakan ialah bergantung pada sikap kanak-kanak itu. Pendekatan secara psikologi boleh digunakan jika sesuai dengan sikap dan perangai kanak-kanak itu tetapi jika tidak berhasil, penegasan yang lebih keras iaitu rotan boleh digunakan. Namun perlu diingatkan! Tindakan merotan perlu betul pada tempat yang sepatutnya sebagai contoh belakang telapak tangan dan sebagainya yang tidak mencederakan.

Ingin perhatian

Kadang kala, anak degil berkelakuan begitu kerana inginkan perhatian. Oleh itu, ibu bapa perlu mewujudkan suasana baru kepada diri anak itu. Mungkin anak bersikap begitu kerana kesibukan urusan harian anda. Tindakan ini akan menyebabkan anak merasa dirinya disisihkan dan kadang kala membuatkan dirinya memberontak sehingga dia tidak mahu langsung mendengar kata-kata anda. Jadi cara terbaik untuk anak anda mendengar cakap anda serta tidak melawan adalah membuatkan anak merasa dirinya penting dan di hargai. Berikut antara tip yang boleh anda praktik kan.

1.Libatkan si manja
Dengan mengajak anak ikut serta menyiapkan meja makan atau memasak makanan kegemaran mereka, merupakan saat yang paling menyeronokkan dan yang tidak boleh dilupakan oleh anak-anak.

2.Beri kejutan
Sekali-sekali, buatkan kejutan dengan membelikan baju baru untuknya. Lebih-lebih lagi corak pada baju itu watak kartun kegemarannya.

3.Ceria masa makan
Wujudkan suasana ceria pada waktu makan (siang atau malam). Ia lebih menarik dengan hidangan yang digemarinya. Hias hidangan dengan menarik. Pasti membuatkan si kecil berselera untuk makan.

4.Riang ria di rumah
Suasana rumah akan riang apabila terdengar suara naka-anak ketawa. Ikut bermain dan ketawa bersama akan mengeratkan hubungan anda dan anak.

5.Menjadi pendengar yang baik
Bila anak bercakap, dengarkan mereka dengan penuh perhatian. Jangan mempersendakan apa yang diperkatakan oleh mereka. Hal ini akan membuat anak merasa gembira.

6.Bermain bersama
Kegemaran anak ialah bermain. Jadi apa salahnya sekali-sekala menjadi ának kecil’. Menemani anak bermain membuatkan dirinya berasa dihargai.

Copy paste from magazine Pa&Ma November2016

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs