Apa itu Agent Dropship?
Dropship adalah satu sistem perniagaan yang hanya memerlukan anda mempromosi produk/barang yang dibekalkan oleh pemborong di laman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Anda tidak perlu beli stock ataupun menyimpan stock. Kami akan bekalkan gambar produk tersebut. Bila anda dapat order dari pelanggan anda, anda hanya perlu order dari kami dan kami akan menghantar produk tersebut untuk anda. Anda jual pada pelanggan anda harga pasaran dan kami jual pada anda harga dropship yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Kenapa nak Dropship?
Di saat zaman yang semakin mencabar ini, pendapatan melalui gaji bulanan sahaja adalah tidak mencukupi dan ia akan meletakkan kita di dalam situasi “Rat Race” di mana , anda perlu keluar setiap pagi untuk ke tempat kerja, dan pulang semula ke rumah mungkin sampai lewat malam untuk menyiapkan tugasan yang di berikan.Setelah gaji masuk pada hujung bulan pula, tak sampai seminggu, gaji dah hampir habis selepas tolak hutang dan perbelanjaan harian. Jadi, proses ini akan berterusan setiap bulan dan mungkin sampai bila-bila. Pasti anda tertekan setiap bulan kan ?
Nak buat business online pula perlukan modal, masa & stock , tapi dengan situasi anda di atas, mana mungkin untuk setup semua itu dalam waktu bekerja bukan ? Pasti anda akan ada masalah seperti ini di dalam fikiran anda :
” Mana ada modal nak start business nie..Duit makan pun cukup-cukup jer nie “
” Time kerja macam mana nak fokus untuk monitor performance iklan “
” Tak sempat nak packing barang dan mana ada masa untuk pergi ke pejabat pos “
Jadi, kini anda tak perlu risau akan masalah-masalah di atas, sebab kami akan membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan secara bulanan dengan cara yang paling Mudah.
Kelebihan menjadi Dropship.
Bila anda menjadi agen dropship,anda tidak perlu mengeluarkan modal satu sen pun. Ya, ini memang betul. Kerja dropship hanyalah mempromosikan produk peniaga yang telah kita pilih. Malahan kita boleh meletakkan harga yang lebih tinggi dari yang telah ditetapkan ke atas sesuatu produk dan mendapat keuntungan yang lebih. Tapi kalau nak letak harga yang tinggi pun biarlah logik mengikut pasaran semasa.
Selain daripada tidak mengeluarkan modal,agen dropship juga tidak perlu menyimpan stock yang bertimbun-timbun. Jadi isu dimana untuk menyimpan stock tidak akan timbul. Apabila kita tidak menyimpan stock, kita tidak perlu risau untuk mengalami kerugian jika berlaku kerosakan stock mahupun stock tersebut tidak begitu laris.
Comments
Leave your comment