Jangan selalu beri ipad/tablet kepada si kecil.

In: Parent child On: Wednesday, August 30, 2017 Comment: 0 Hit: 331

Ibubapa sering memberi ipad/tablet pada si kecil. Dengan alasan, si kecil meragam dan menangis bila tidak diberi ipad/tablet si keil akan senyap. Ini disebabkan anda, anda telah mengajar di kecil anda dari kecil dengan ipad/tablet. Adakah anda tahu apa keburukan ipad/tablet kepada anak-anak?

Ada yang berfikiran bahawa jika memberi si kecil ipad/tablet boleh mempercepatkan perkembangan otak si kecil. Memang dengan ipad/tablet di kecil anda cepat mengenali warna dan objek, tetapi ia tidak sebagus apabila si kecil anda berinteraksi dengan dunia sebenar. Mengapa anda tidak membesarkan si kecil anda dengan dunia persekitaran  yang nyata? Si kecil anda perlu lebih banyak mengenali dunia realiti.

Sebab ipad/tablet tidak patut diberi kepada si kecil.

  1. Tidak membantu dalam perkembangan otak.
    Munurut satu kajian, ipad/tablet atau sebarang aplikasi screen tidak memberi sebarang perkembangan otak si kecil di bawah usia 2 tahun. Menonton TV pun harus diterhadkan untuk si kecil bawah 2 tahun. Bukan sahaja tidak membantu dalam perkembangan otak, malah beberpa keburukan juga turut berpotensi untuk terjadi.

  1. Mengehadkan deria rasa.
    Menggunakan ipad/tablet si kecil tidak menggunakan deria rasa dengan sepenuhnya. Deria sentuhan juga akan terbatas. Mereka tidak dapat membezakan permuakaan kasar, licin, lembut dan keras jika mereka hanya menyentuh ipad/tablet sahaja. Ini akan melambatkan perkembangan otak si kecil. Sebaliknya, jika anda memberi dedahkan si kecil anada dengan permainan seperti blok kayu,masakan atau lain-lain, ia dapat meransang minda si kecil anda dengan lebih aktif kerana ia melibatkan semua deria.
  2. Si kecil belajar dengan lebih baik melalui Interaksi Sosial
    Anak kecil lebih banyak belajar apabila bermain dan berbual dengan ibubapa kerana mereka lebih banyak mengenali eksperesi muka, emosi, vocabulary dan ia lebih berinteraktif berbanding bermain ipad/tablet sendirian.
  3. Menganggu proses perkembangan bahasa bayi
    Mengikut satu kajian, TV yang dihidupkan walau hanya sebagai bunyi latar di ruang tamu dapat melambatkan proses perkembangan si kecil. Secara normalnya, ibubapa akan bercakap lebih banyak dengan si keci, tetapi, apabila TV dihidupkan ibubapa akan kurang bercakap. Kurang perkataan akan melambatkan perkembangan vocabulary si kecil anda dan melambatkan kebolehan si kecil untuk fasih bercakap. Pakar psikologi menasihatkan agar ibubapa banyak berkomunikasi dengan si kecil sekerap yang boleh. Membaca buku untuk si kecil anda sebelum tidur amat disaranakan kerana si kecil anda dapat berlajar perkataan baru dengan lebih cepat dan sebutan yang betul.

  1. Menyebabakan anak membesar dengan tidak aktif
    Bermain game di ipad/tablet tidak memerlukan si kecil anda bergerak dan aktif kerana semua sudah didepan mata. Perkara ini tidak elok kerana ia dapat menggangu tumbesaran si kecil anda kerana kurangnya penggunaan sensorimotor dan otot-otot terutamanya bahagian sendi jari-jemari, kaki dan lutut.
  2. Menganggu perkembangan saraf otak si kecil
    Perkembangan yang tidak aktif dan abnormal akibat bermain ipad/tablet terlalu kerap dapat merosakkan saraf otak dan merencatkan pergerakan kebolehan anak bergerak secara normal.
  3. Menyebabkan perkembangan otak si kecil anda menjadi pasif
    Apabila si kecil bermain ipad/tablet, mata mereka tidak akan aktif bergerak dan hanya tertumpu pada satu tempat. Fokus mata mereka juga hanya tertumpu pada benda yang dekat. Ini menyebabkan pandangan si kecil anda tidak luas. Akibatnya perkembangan otak juga tidak aktif. Deria penglihatan si kecil harus dirangsang dengan meransang urat saraf mata ke otak untuk perkembanagan otak yang berkesan. Ibubapa boleh membawa si kecil keluar bersiar-siar, melihat sesuatu yang tinggi seperti layang-layang, melatih fokus mata melihat benda jauh dan dekat atau melihat kiri dan kanan.

Admin harap info ni membantu anda. Lepas ni janganlah selalu bagi anak anda main ipad/smartphone pada usia yang sangat muda. Setiap ibubapa pasti ingin yang terbaik untuk anak mereka.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs