Kenapa Dropship Anda Boleh Gagal?

In: Dropship Malaysia On: Monday, June 19, 2017 Comment: 0 Hit: 414

Bila kita sebut mengenai Dropship pasti semua orang sudah tahu bagaimana sebenarnya Dropship ini berfungsi. Anda pasti dapat melihat di laman social seperti facebook, instagram dan lain2 mengenai post-post tawaran buat bisnes dari rumah, bisnes tanpa modal dan macam-macam lagi.

                Dropship ini secara asasnya adalah kita menjual produk orang lain. Kita tolong orang itu jual atau promote barang dia tanpa kita perlu pegang stock di tangan. Dan biasanya agen-agen dropship akan promote di laman social mereka seperti facebook dan instagram. Dari sana pembeli akan membeli daripada anda, dan anda akan terima bayaran daripada customer anda , dan seterusnya anda akan membayar harga dropship kepada supplier atau dropshipper anda.

                Bagi yang ingin memulakan bisnes tanpa modal dan tanpa risiko yang tinggi, boleh cuba join Dropship. Bisnes secara online seperti dropship amat sesuai untuk suri rumah, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sampingan. Namun ada sedikit amaran, hampir 70% daripada dropshipper gagal dengan bisnes dropship mereka. Kenapa dropship boleh gagal??

1) Cara menjual yang salah.
Cara menjual yang salah juga boleh menyebabkan bisnes dropship anda gagal. Apa yang dimaksudkan dengan cara menjual yang salah? Anda hanya promote produk tersebut tanpa anda jelaskan apa kebaikan dan kelebihan produk anda. Jadi, pelanggan akan jadi ragu2, apa produk anda jual? Ibarat saya hanya post gambar produk tanpa detail produk tersebut. Adakah anda berminat untuk membeli?

 

2) Pengetahuan detail produk yang kurang.
Pengetahuan mengenai produk yang anda jual juga penting. Jika anda tidak tahu apa yang anda jual bagaimana anda ingin jelaskan kepada pelanggan anda tentang produk anda?? Kita sebagai pelanggan juga pasti akan bertanya tentang produk yang ingin kita beli kan?? Pernah tak anda rasa marah bila anda beli online, barang yang anda terima tidak sama seperti dalam gambar atau tidak seperti yang dikata kan oleh penjual tersebut?? Ini adalah salah satu risiko jika kita join dropship, kerana stock tidak berada di tangan kita, dan kita tidak tahu kualiti produk tersebut. Jadi, saya galakkan kepada sesiapa yang ingin join dropship boleh cuba satu atau dua produk tersebut sebelum anda promote. Nak orang yakin dengan produk kita, kita mesti cuba dulu. Macam mana kita nak yakinkan orang tentang produk kita kalau kita sendiri pun tidak pernah tahu tentang produk tersebut.

3) Pemilihan target pasar yang keliru
Apa yang dimaksudkan pemilihan target pasar yang keliru?? Yang ini sering berlaku kepada setiap peniaga online. Yang saya maksudkan adalah kategori atau produk apa yang anda ingin jual. Adakah anda tetapkan produk atau kategori apa yang anda ingin jual?? Contoh anda ingin menjual produk kanak2, anda hanya perlu fokus pada produk kanak2 sahaja, tidak perlu lah anda campur aduk kan sekali dengan produk kecantikkan, produk kurus dan lain2. Tetapkan satu kategori sahaja. Jangan jual barang macam rojak. Ini dapat buat pelanggan anda keliru. Keliru apa sebenarnya yang anda jual. Anda kena fikir, jika anda ditempat pelanggan apa tindakan yang anda lakukan. Saya tahu anda tidak mahu pelanggan anda lari pada seller lain, tapi anda kena ingat, kita sama2 berniaga, jangan tamak.

4) Kompetisinya terlalu tinggi (diferensiasi kurang)
Apa yang dimaksudkan dengan kompetisinya terlalu tinggi?
Yang pertama produk, anda semua nak jual produk, dari mana anda cari produk untuk jual? Sudah tentu anda cari agent kan, tidak pun anda akan cari supplier besar yang anda percayai. Adakah anda pernah terfikir, agent atau supplier anda sudah ada berapa banyak pengikut dia? Dan berapa banyak orang yang dah ambik produk direct dari dia? Mungkin anda terlambat satu langkah dari orang lain, dan anda cuba jual online dengan cara yang sama seperti agent2 supplier yang lain.
Yang kedua Harga. Jika anda ingin beli sesuatu secara online, anda mesti akan survay harga dulu kan sebelum conform untuk beli. Anda akan cari dua atau tiga untuk bandingkan harga. Dan dekat sini akan jadi isu buat pelanggan, kenapa sana murah? kenapa sini mahal? Padahal produk yang sama, design yang sama, jenama yang sama. So, bagi anda yang baru berjinak-jinak buat online bisnes pastikan anda survay semua ni. Jangan hentam sesuka hati, nanti diri sendiri yang susah sebab tak ada untung. Rajinkan diri anda untuk beli online, dan bila anda selalu beli online, anda pasti akan tahu apa yang pelanggan nak dan apa detail yang patut anda tahu tentang produk yang anda jual.

5) Menganggap bisnes ni cukup mudah dan senang.
Untuk memulakan bisnes bukanlah mudah dan senang. Tak kiralah bisnes offline atau online, semua itu tidak mudah. Apa yang anda nampak adalah hasilnya, sebab tu anda nampak mudah dan senang. Walaupun anda hanya join dropship, jangan menganggap semua itu mudah. Jika anda ingin join dropship, anda kena cari agent yang betul. Lepas tu, anda kena survay barang2 dulu dari segi kualiti, original ke tidak, harga dan lain2. Lepas tu, sistem dropship dia macam mana pula, lain agent dropship lain sistem dia. Lepas dah conform anda kena tengok stock, stock apa yang ada dan size apa yang ada. Anda kena banyak berkomunikasi dengan agent anda. Sebab jika stock habis, anda perlu update dekat platform anda juga dan macam2 lagi. Jika dicerita satu2 memang tidak akan habis.

6) Tiada pengalaman dan skill dalam urusan bisnes.
Tiada pengalaman dan skill juga boleh menyebabkan bisnes anda gagal. Dimana anda ingin cari pengalaman dan skill dalam bisnes online atau bisnes dropship ni?
Jika anda ingin cari pengalaman , anda boleh cuba untuk mula dengan beli barang2 yang anda perlukan secara online. Seperti kasut,baju, tudung, mekap dan lain2. Bila anda selalu beli online, anda pasti akan expert macam mana nak place order, berapa hari parcel akan sampai, kualiti, macam mana nak pilih barang yang okay dan macam2. Anda jangan hanya cuba satu kedai online sahaja, anda perlu cuba banyak. Macam Zalora, 11street, Lazada dan lain2.
Dari segi skill pula, anda boleh follow peniaga2 online di facebook dan instagram dan lihat macam mana diorang semua promote barang diorang. Macam2 ada tau, dari sana anda boleh tingkatkan skill anda.

Walaubagaiamanapun, jika anda ingin berjinak-jinak dalam bisnes dropship, anda perlu mencari agent atau supplier yang betul. Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ni, sudah semakin banyak kes2 penipuan dan macam2 lagi. Pastikan anda selidik latar belakang agent atau supplier anda terlebih dahulu. Jika anda ada apa2 pertayaan mengenai dropship, anda boleh email ke saya di [email protected] kepada saya. Saya akan cuba bantu anda. Saya juga ada menyediakan perkhidmatan dropship. Jika anda berminat boleh inbox saya. Ini link website kami >> http://www.kntmarketing.com/

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs