Kenapa ibubapa digalakkan memakai Safety Harness untuk kanak-kanak?

In: Root On: Friday, November 3, 2017 Comment: 0 Hit: 662

Tidak perlu mempedulikan pandangan sesetangah pihak yang menganggap tindakan mengikat anak sebagai sesuatu yang kejam, tetapkanlah pendirian anda demi keselamatan yang tersayang.

Salahkan IbuBapa menggunakan ‘Safety Harness’ demi keselamatan anak mereka?

Di negara-negara barat, senario ibubapa memakaikan ‘safety harness’ pada anak mereka adalah satu perkara biasa. Tindakan itu juga tidak dilabelkan sebagai satu kesalahan yang besar. Walau bagaimanapun di Malaysia masih belum ramai masyarakat dapat menerima kewujudan ‘safety harness’ yang dipakaikan pada si kecil. Kebanyakkan ibubapa yang menggunakan ‘safety harness’ ini terpaksa bersabar dengan pelbagai pandangan negatif orang lain terhadap tindakan mereka. Kritikan biasa seperti ‘Menarik anak seakan-akan seperti binatang’ cukup menghiris perasaan.

Tidak perlu mempedulikan pandangan sesetangah pihak yang menganggap tindakan mengikat anak sebagai sesuatu yang kejam, tetapkanlah pendirian anda demi keselamatan yang tersayang. Penggunaan ‘Safety Harness’ adalah satu kaedah yang terbaik demi keselamatan si kecil. Malah, selain mampu mengurangkan risiko kehilangan anak, ibubapa tidak perlu bimbang jika anak kesayangan mereka akan merayau jauh ke kawasan yang berbahaya atau diculik. Sama ada berada di pusat membeli-belah mahupun ketika melintas di jalan raya, ibubapa tidak perlu lagi bermandikan peluh mengejar anak mereka. Kesimpulannya, tepuk ada tanya selera. Nak dengar kata-kata masyarakat yang menyelar atau demi keselamatan anak anda yang tersayang.

Pemakaian ‘Safety Harness’ tidaklah 100% secure, but PREVENT IS BETTER THAN CURE.

4 Sebab kenapa ibubapa digalakkan memakai ‘Safety Harness’ untuk kanak-kanak

  1. Keselamatan anak menjadi keutamaan
    Bayangkan anak-anak anda berlari-lari di tempat awam atau di sekitar kawasan yang berbahaya. Pasti penat untuk mengejar mereka. Ia sebenarnya adalah masa terbaik untuk menggunakan ‘safety harness’ untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Dalam konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan anak mereka tidak hilang daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat membeli belah.

  1. Boleh membantu kanak-kanak istimewa.
    Tali keselamatan ini sebenarnya membantu ibu bapa yang mempunyai anak hiperkatif atau yang mempunyai masalah pendengaran. Tambahan pula kanak-kanak yang hiperaktif ini sukar dikawal pergerakannya. Jadi, anda boleh mengawal pergerakan mereka tanpa risau mereka hilang dan terhindar daripada perkara yang berbahaya.
  1. Tidak menyekat kebebasan kanak-kanak
    Walaupun kanak-kanak tersebut diikat, namun ia tidak menghalang mereka untuk bebas bergerak kerana mereka masih lagi di bawah pengawasan ibu bapa.Ia berbeza dengan kanak-kanak yang hanya dipimpin, didukung atau diletakkan di dalam kereta sorong. Mereka tidak bebas bergerak untuk meneroka persekitaran. ’Safety harness’ sebenarnya lebih membantu kanak-kanak untuk berada lebih dekat dengan sesuatu yang menarik perhatian mereka namun masih di bawah pemerhatian orang dewasa.

  1. Tali keselamatan adalah peralatan yang praktikal
    Menggunakan tali keselamatan adalah perkara yang praktikal kerana ibu bapa tidak perlu memimpin atau mendukung anak mereka ketika bersiar-siar di tempat awam. Menggunakan ‘safety harness’ tidak bermaksud ibu bapa tersebut pemalas tetapi ia lebih memberi kebebasan kepada anak-anak daripada didukung atau diletak didalam baby stroller.

Justeru alatan ini sangat berguna kepada ibu bapa pada masa kini. Apabila ramai ibu bapa di Malaysia sudah mula menggunakan tali keselamatan untuk menjaga anak mereka, ini bermakna kesedaran dalam kalangan mereka tentang keselamatan anak mereka sudah meningkat.

 


 

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs