Kepentingan Memilih Tilam Baby

In: Root On: Monday, August 20, 2018 Comment: 0 Hit: 597

Bayi menangis dan susah untuk tidur malam, adakah ia disebabkan tilam?

 

Selain pakaian, ibu bapa perlu juga melihat keperluan tidur bayi. Ini kerana anak kecil akan bangun di malam hari untuk menyusu dengan lebih kerap.

Oleh itu, ibu akan rasa sedikit letih untuk bangun keesokannya.Jadi keperluan tidur bayi seperti tilam baby, selimut dan bantal seharusnya selesa serta dibuat dengan bahan material yang sesuai. 

Kita sendiri tahu menyambut orang baru dalam keluarga adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Apatah lagi bayi pertama yang dinantikan suami isteri.

Pastinya pelbagai persiapan akan dilakukan. Ini termasuklah dengan set tilam baby yang harus selesa agarsi kecil tidur nyenyak. Jadi, jangan sembarangan beli tilam baby kalau anda tak mahu anak menangis dan susah tidur di tengah malam!

CARA UNTUK MEMILIH TILAM BABY

 

1. Saiz

Jangan terlalu besar. Kalau kecil mudah untuk di bawah. Tapi kalau kecil sangat, takut takut tak sampai untuk guna lama.paling utama adalah melihat pada keselesaan bayi. Cuba anda baring dan rasai keselesaannya.

  1. Ketebalan

Kalau tebal sangat, mungkin bila sampai masa untuk bayi mula belajar meniarap akan terlewat. Sebab bila terlampau tebal, susah pula bayi nak bergerak.

Jangan pula terlampau keras, tak selesa pula nanti.

3. Tilam ada sarung dan mudah dicuci

Seperti faktor yang di atas, cari tilam yang boleh disarung seperti cadar contohnya.Mungkin lebih baik kalau anda gunakan dua jenis sarung.Satu sarung seakan plastik untuk halang daripada kena kencing bayi.Kedua, sarung lembut untuk keselesaan bayi. Mudah juga untuk sarung kedua ini untuk ditukar bila nak dicuci.

 

4. Bahan buatan tilam baby

Bahan buatan tilam bayi anda juga penting. Ramai yang mengatakan, lebih baik kalau daripada bahan organik.Agak mahal sedikit daripada harga tilam biasa. Tapi ia lebih selamat untuk kesihatan bayi.

Kajian mendapati bantal dari bahan organik dapat mengurangkan penyakit berbahaya selain memberikan keselesaan sepanjang anak tidur. 

5. Ada pengudaraan yang baik 

Kalau kita baring sendiri pun, bila tilam panas, mesti akan peluh belakang.Kita sudah dewasa, bukan satu masalah.Tapi untuk bayi, takut jadi ruam pula.Merah merah.Bayi pun pasti akan tak selesa dan ‘menangis’ je la caranya untuk bagi tahu kita.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs