NAK BELI MAINAN BAYI? JOM IKUT TIPS NI

In: Parent child On: Wednesday, May 16, 2018 Comment: 0 Hit: 2639

"Hmmm...Bila pergi kedai, rambang mata tengok mainan bayi! Sudahlah comel cantik pulak tu, rasa macam nak borong semua. Tapi, bila beli anak pulak tak suka main. Aduhai, rasa macam membazir jer..tak akan aku ibu dia yang nak main kan...."

d.jpg

Ha, jadi untuk mengelakkan berlaku situasi seperti di atas anda mesti kena tahu apakah jenis mainan yang sesuai seiring dengan usia bayi anda!

Bagi bayi bermain itu satu aktiviti yang menyeronokkan. Tapi dalam masa yang sama ia adalah waktu yang paling berkualiti kerana semasa bayi anda bermain perkembangan otaknya akan berkembang.

PENTINGKAH MEMILIH MAINAN BAYI MENGIKUT USIA?

Mestilah penting, sebab kadang-kadang beli yang mahal bukan bayi pandai main pun. Membazir jer kan..

- Bukan salah bayi, mungkin dia belum faham jika anda membeli mainan yang terlalu sukar untuknya. Bagus jika bayi anda mahu mencuba, tetapi jika terlalu susah mereka berkemungkinan akan berasa marah dan cepat berputus asa.

- kadang-kadang permainan itu juga terlalu mudah, tidak mencabar mindanya sehingga menjadikan bayi cepat bosan dan tidak berminat untuk main.

- Selain itu, anda juga perlu berhati-hati dalam memilih mainan bayi yang sesuai kerana mereka cenderung mengigit atau menghisapnya. Oleh itu, pastikan mainan yang anda beli tu selamat dan bebas daripada sebarang bahan kimia.

 

TIPS MEMILIH MAINAN BAYI MENGIKUT USIA

Oleh kerana perkembangan bayi adalah secara berperingkat, jadi kita kena membeli mainan bayi mengikut usia yang sesuai dengan kemampuannya.

1. MAINAN BAYI 0-3 BULAN

Pasa usia awal kelahiran bayi, seelok-eloknya mereka didedahkan dengan perkara-perkara yang merangsang stimulasi deria. Oleh itu, mainan yang paling sesuai adalah mainan yang mempunyai warna terang serta turut memiliki pelbagai tekstur dan bunyi.

Contoh: Patung lembut yang bergantung pada katil, 'rattle' yang boleh dipakai pada kaki atau tangan. Selain itu, anda juga boleh memainkan muzik melalui sebarang permainan muzikal.

 

2. MAINAN BAYI 3-6 BULAN

Untuk bayi yang sudah berusia 3 bulan keatas perkembangan deria mereka akan semakin meningkat, bayi berusia ini mereka sudah mula pandai memegang dan menarik objek.

Jadi, apa-apa permainan yang boleh dipegang, ditarik, diputar, berbeza bentuk, dan mengeluarkan bunyi sudah tentu menarik perhatian mereka. Seperkara lagi, bayi akan mula berasa cenderung terhadap anak patung.

Contoh mainan: soft toys, baby gym, rattle jenis ringan, peekaboo dan lain2 yang menarik perhatian mereka.

3. MAINAN BAYI 6-12 BULAN

Sebenarnya pada awal kelahiran meraka anda sudah boleh memperkenalkan buku pada meraka, namun mungkin mereka tidak berapa tertarik. Namun, pada usia ini mungkin bayi anda akan lebih berminat terhadap 'soft book',.

Ini kerana mereka lebih bijak dan mula belajar untuk memegang objek dengan cara yang lebih tepat, terutamanya apabila mereka sudah pandai duduk sendiri. Selain buku, anda juga boleh memberi barangan lain dirumah yang selamat untuk dipegang seperti sudu plastik, senduk kayu dan mangkuk keluli.

Kebanyakkan bayi mula tumbuh gigi pasa usia ini. Jadi, pastikan mainan tersebut selamat untuk digigit dan lebih baik lagi ia direka khas untuk melegakan gusi mereka.

Contoh mainan: 'Activity playmat', 'teething ring', blok mainan jenis besar dan lembut, serta mainan fabrik seperti bola berloceng.

4. MAINAN BAYI 9-18 BULAN

Kebanyakan bayi pasa usia ini sudah pantas bergerak, tidak kiralah sama ada mengengsot, merangkak atau bertatih. Sebab itu meraka lebih tertarik kepada sesuatu yang bersifat interaktif.

Pasa usia ini juga, bayi sudah mula memahami konsep penyelesaian masalah dan mereka punyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Contoh mainan: Telefon mainan, blok mainan kayu, shape sorter dan buku kulit keras jenis interaktif(boleh ditarik, pelbagai tekstur)

5. MAINAN BAYI 18-24 BULAN

Usia ini, bayi sudah menjadi lebih berdikari dan ingin meneroka alam di sekitar meraka seluas-luasnya! Lebih-lebih lagi bagi yang sudah mahir berjalan dan berlari, hampir semua benda mahu disentuhnya.

Dalam memilih mainan bayi yang sesuai, anda perlu memberi sedikit kelonggaran untuknya melakukan aktiviti sendiri.

Contoh mainan: 'Play house' atau khemah mainan, 'tea party', 'puzzle' mudah, set kereta api, alat tulis yang selamat.

 

6. MAINAN BAYI 24-30 BULAN

Apabila anak anda sudah pandai bercakap, mereka akan mula mempelajari lebih banyak perkara dan imej yang sentiasa dilihat berulangkali. Oleh itu, kini mereka mampu mengkategorikan objek mengikut saiz, warna dan bentuk.

Memori mereka juga sedang membentuk dengan aktif. Maka, tidak hairanlah sesetengah anak kecil di usia ini sudah bijak mengenal huruf dan nombor!

seperkara lagi, anak kecil pada usia ini sangat bertenaga dan tidak mengenal erti penat! Seeloknya, pilih mainan yang dapat 'menyedut' dan menghabiskan tenaga mereka secara fizikal dan mental.

Contoh mainan: Blok mainan yang boleh diketap (seperti lego), set alat muzik, alat tulis, bola, mainan tunggangan setempat seperti kuda, dan alat tolak seperti wagon.

 

7. MAINAN 30-36 BULAN

Pasa usia begini, anak kecil sudah mula menggemari sesuatu karakter dan cuba mengulangi aksi perbuatan mahupun percakapan mereka. Mereka juga lebih bijak berimaginasi dan melakonkan watak yang dilihat dalam buku atau televisyen.

Disebabkan itu, meraka mula minat untuk 'pretend play' iaitu permainan lakonan seperti masak-masak, cikgu-cikgu, jadi superhero dan seumpamanya.

Contoh mainan: Set alat memasak mainan, topeng superhero, set pakaian atau alat dandadan (topi, cincini, mahkota) dan set (toolbox). Mainan tunggangan seperti basikal roda tiga dan motosikal elektrik juga amat popular untuknya di usia ini.

 

BUAT PILIHAN BIJAK, AMBIL BAHAGIAN

Walaupun telah membeli mainan, tidak bermakna anda boleh membiarkan mereka begitu sahaja. Sekurang-kurangnya, pantau mereka dan kekalkan interaksi dua hala.

Tips ini sekadar membantu anda dalam berbenlanja dengan bijak,paling penting anda dapat memaksimakan kemampuan fizikal dan mental bayi anda. Jadi, kenapa bayar lebih?

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs