1. Memakai bengkung
Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj.
Ada pelbagai jenis bengkung yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
2. Bertungku
Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Ia walaubagaimanapun harus dilakukan dengan lembut dan elakkan daripada menekan rahim.
3. Minum air akar kayu dan jamu
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan meminum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
4. Berurut
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari. Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.Oleh sebab itu ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin.
Comments
Leave your comment