Pentingnya Bra Menyusu / Nursing Bra Untuk Ibu-Ibu

In: Root On: Friday, September 28, 2018 Comment: 0 Hit: 78

Apa itu nursing bra?

Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. Ia berlainan sedikit dari bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. Ini adalah untuk memberi lebih keselesaan kepada anda yang menyusui bayi tanpa perlu menanggalkan bra mahupun menyekat pengeluaran susu yang akan menyebabkan anda mengalami masalah bengkak  susu. Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.

Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?

Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Untuk memulihkannya, anda mungkin akan diberi anti-biotik oleh doctor dan akan mengganggu rutin penyusuan.

 

Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?

sebenarnya, sewaktu mengandung pun, anda perlu memakai bra. Tiada alasan untuk tidak memakai bra meskipun kandungan makin membesar. Malah, pemilihan bra yang elok adalah penting kerana ia dapat mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin!

 

Bagaimana memilih dan menentukan saiz bra yang betul?

1. BERSESUAIAN DENGAN SAIZ

Kalau boleh, biar betul-betul ‘ngam’ dengan payudara. Pastikan anda mengambil masauntuk mengukur dan mencuba bra di dalam bilik persalinan. Jangan main ‘tangkap muat’ saja ya. Setelah mencuba, gerakkan badan, angkatkan lengan, dan biarkan selama 1-2 minit supaya anda boleh merasa sebarang tanda tekanan atau lebihan ruang sekiranya ada.

2. UKUR PAYUDARA SETIAP BULAN

Jangan lupa, ukur payu dara setiap bulan. Jika semakin besar, pastikan beli yang baru agar dapat menampung payu dara selain memberi keselesaan kepada anda sepanjang tempoh mengandung.

 

3. BOLEH DILARASKAN

Pastikan anda mendapatkan bra yang mudah dilaraskan. Selain saiz ‘cup’ yang akan membesar, perut juga akan membesar, jadi postur badan anda juga mungkin akan berubah.

Sepanjang kehamilan, anda mungkin akan perlu mengubah sokongan ini beberapa kali mengikut keselesaan payu dara.

4. FABRIK KAPAS

Biasanya sewaktu mengandung, badan cepat panas.

Maka, pilihlah bra daripada material kapas.  Kain kapas dapat meresap peluh dan memberi ‘ruang udara’ pada payu dara.

Elakkan membeli material jenis sintetik atau renda yang menyebabkan kulit anda menjadi tidak selesa atau gatal.

5.TANGGALKAN BRA PADA WAKTU MALAM

Walaupun sokongan daripada bra amat penting kepada payudara, anda dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memakai bra sepanjang hari.

Tanggalkanlah bra pada waktu malam, lebih-lebih lagi sebelum tidur kerana bukan sahaja ia tidak selesa malah mengikut perubatan, boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Namun, jika payudara anda sudah mula mengeluarkan susu, pakailah bra jenis ‘t-shirt’beserta dengan ‘breast pad’ pada waktu malam untuk mengelakkan tumpahan.

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs