Selamatkah botol susu anak anda? Pilihan di tangan anda.

In: Parent child On: Tuesday, August 15, 2017 Comment: 0 Hit: 406

Kebanyakkan ibu yang berkerjaya akan menggunakan susu botol sebagai alternatif untuk mereka memberi susu ibu kepada si bayi. Seperti yang kita semua tahu bahawa susu yang terbaik untuk si bayi adalah susu ibu. Para doktor tidak mengalakkan para ibu memberi susu botol kepada si bayi ini kerana botol di pasaran sekarang banyak mengandungi BPA. BPA ini sangat membahayakan untuk si bayi.

Kesan buruk BPA untuk anak anda:

1. Menganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir.

2. Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan kanak-kanak.

3. Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan.

4. Masalah kegemukkan dan obesiti

5. Kecacatan pada bayi baru lahir

6. Menambahkan risiko kematian bayi

7. Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya

7. Risiko mendapat kanser dan sakit jantung

8.Memberi kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa boleh memilih botol susu yang bebas BPA, seperti polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA).

Botol susu yang mengandungi BPA biasanya bersifat keras dan lutsinar. Semasa anda ingin membeli botol susu untuk si bayi anda, anda boleh perhatikan label di bawah botol tersebut. Botol bersifat BPA akan dilabelkan dengan ‘nombor 7’ ‘nombor 7 dan PC’ atau ‘nombor 7 dan other’. Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya akan dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Cuba anda check botol susu anak anda sekarang. Adakah ia bebas BPA?
Agak sukar jika anak anda sudah sebati dengan botol susu sekarang dan makan masa untuk tukar kepada botol susu yang baru. Jangan risau , anda boleh cuba langkah dibawah:

1. Sretil botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar jika ada. Jika tiada anda boleh merendam botol susu bayi di dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Elakkan menggunakan air panas sacara berterusan dalam botol susu untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam botol menjadi rosak dan calar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Selepas 6 bulan haruslah buang semua botol yang ada dalam simpanan. Anda boleh mencari botol susu bebas BPA seperti Simba, Avent, tommee tippee atau lain2. 

Comments

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs