Tentang Kami - Dropship Terbesar Di Malaysia

In: Dropship Malaysia On: Wednesday, October 11, 2017 Comment: 4 Hit: 4020

Dropship KNT dibangunkan pada tahun 2009  dan mempunyai lebih dari 5k agent reseller. KNT lebih tertumpu kepada produk baby dan mummy. Mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang Dropship dan E-dagang.

Okay hari ni admin nak cerita sikit apa perbezaan Dropship KNT dengan dropship yang lain.

Sebelum tu admin nak introduce KNT dulu. Dropship KNT dibangunkan pada tahun 2009  dan mempunyai lebih dari 5k agent reseller. KNT lebih tertumpu kepada produk baby dan mummy. Mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang Dropship dan E-dagang.

Seperti yang anda semua tahu, KNT menggunakan sistem top up/kredit. Top up adalah untuk kredit anda dalam akaun KNT. Ibarat macam reload telefon anda atau point. Setiap pembelian akan ditolak dari jumlah kredit yang anda top up. Ramai yang tanya admin, kenapa guna sistem kredit?

Okay, mari admin jelaskan kenapa KNT menggunakan sistem kredit.
Kebanyakkan reseller kami akan promote produk yang mereka ingin jual ke platfrom social media seperti lazada, facebook dan lain-lain. Biasanya reseller kami tidak fokus pada satu platform sahaja. Mereka akan mengambil peluang untuk promote di shoppee, 11street, insta dan macam2 lagilah. Andai anda mempunyai 3 platform yang berlainan, dan anda promote barang2 yang anda ingin jual di platform anda, dan tiba2 barang yang anda update tu hot pulak kan, banyak DM masuk dan  anda pun tak menang tangan dibuatnya. Dan masa tu, berdesup-desup order masuk dan customer buat pembayaran pada anda. Haaa...Amin.
JJ

Okay, andai kata satu hari anda dapat close sale sebanyak  10 customer dan ke semuanya tidak bank in kepada anda pada masa yang sama. Ada yang bank in pagi, tengahari, petang, mlm. Dan cuba anda bayangkan, setiap kali anda dapat pembayaran dari customer, anda pun place order dan bank in pada agent anda. Dan jika satu hari ada 10 customer, then anda pun 10x buat order 10x bank in. Anda tidak terfikir ke masa banyak terbuang? Tak terasa macam banyak kerja? Leceh? Dan dari sinilah datangnya sistem kredit KNT. Kami memikirkan kesenangan dan kemudahan untuk reseller2 kami.

Ada juga yang tanya admin, kenapa mesti minimum RM200? Bukannya RM100? Terlalu banyak RM200 tu. Tak boleh kurang ke? Mahal lah....

U’all, cuba anda pergi pasaraya dan beli barang RM200 apa yang anda dapat?? Dapatkah RM200 tu anda borong satu pasaraya?? Jika anda tidak berani mengeluarkan RM200 bagaimana anda ingin mendapat untung 3x ganda atau mungkin lebih lagi.

Dengan RM200 dalam akaun KNT anda akan guna untuk submit order dari customer anda, kena pula customer tu beli banyak dari anda dan boleh dikategorikan boronglah.
Okay, let’s say customer anda beli pyjamas, baby romper, baby jumper and set breast pump dari anda, cuba anda calculate berapa total untuk semua item tersebut.
Admin bagi contoh ye, tapi bukan harga sebenar okay.

Pyajamas RM15, baby romper RM10, baby jumper RM13 dan set breast pump RM90.
Total semua RM128. Belum campur 6% GST dan shipping lagi tau. RM140 x 6% = RM135.68. Shipping RM25, so total termasuk shipping semua RM160.68. Dari RM200 tu, anda tolak balance tinggal RM39.32 sahaja. Itu baru satu customer, kalau anda ada more than one customer, how?? Adakah anda masih berfikir ia mahal??

Yes, admin faham keadaan ekonomi sekarang semakin teruk dan harga barang semua semakin naik. Admin pun rakyat Malaysia mengalami perkara yang sama seperti anda semua.

Anda hanya mengeluarkan sekali dari poket anda sendiri, dan seterusnya anda akan pusing guna untung yang anda dapat. Cuba anda tengok balik harga yang admin bagi di atas tu, itu admin kira harga dropship. Kalau anda kira harga yang anda jual berapa keuntungan anda?? Total anda perlu deduct dari akaun KNT adalah RM160.68, tapi total customer bank in kepada anda berapa?? Untuk permulaan anda perlu berkorban sedikit, mana ada benda di dunia tidak memerlukan pergorbanan betul tak??

Okay yang bab kredit anda semua dah faham ke? Kalau masih tak faham boleh tinggalkan komen di bawah nanti. Nanti admin akan jawab, okay.

Topik seterusnya, ada yang tanya admin, tak boleh whatsap ke gambar2 stock, kuantiti available, size apa yang available?? Hellooooo, KNT bukan hanya tertumpu pada anda sorang je tau, apa u’all ingat admin tak ada kerja lain selain whatsap/update dekat u’all 24jam. Reseller KNT lebih dari 5k dan u’all mintak admin whatsap satu2, silap2 telefon yang admin baru beli pun boleh heng jadinye. Mana tak nye berapa banyak gambar admin nak save, belum lagi kira whatsap masuk tanpa henti, silap2 bateri pun tak sampai setengah hari boleh kong..huhuhuhu...admin gurau je..(tiada senyuman tanpa gurauan)

Untuk gambar2 produk anda semua boleh ambik di website KNT, save terus ke telefon anda ataupun laptop anda. Untuk size atau stock yang available pun u’all boleh terus direct check di website kami. Everyday kami akan update stock baru. Semua hanya dihujung jari anda sahaja. Anda pun boleh pilih stock apa yang anda nak jual, apa yang anda tak nak jual.

Selain itu, KNT ada memberi komisyem skem kepada reseller2 yang hit target setiap bulan. Target ni kami tidak kira dari jumlah anda top up/kredit setiap bulan ya, kami kira ikut sales anda, means total amount(RM) yang telah anda purchase dari KNT. Berikut adalah senarai komisyem skem kami:

Jika bulanan sales anda
RM1000, anda akan dapat RM50
RM2000, anda akan dapat RM100
RM3000, anda akan dapat RM200

Komisyen kami berbentuk kredit ya, bukan cash. Kami akan masukkan ke dalam akaun KNT anda pada setiap awal bulan.

Bayangkan kalau satu bulan anda dapat hit sales RM3000 anda akan dapat free kredit RM200, dah tak payah top up, dah boleh balik modal pada anda kan J . Anda mesti happy kan kalau dapat komisyen, siapa yang tak nak kan?? Anda happy, kami pun happy J .

Untuk delivery, anda jangan risau kami tidak akan memberi sebarang maklumat diri kami pada customer anda, dan tag harga pada produk kami akan buang atau padam. Jadi, berapa pun anda mark up kepada customer anda, anda tidak perlu risau J . Dan jika ada apa2 masalah mengenai order atau barang tersebut semasa pembungkusan, kami akan direct call atau email kepada anda, bukan customer anda. Consigment pada parcel kami akan isi billing dan delivery address seperti yang anda beri.

Kalau customer anda received barang reject, langkah yang perlu anda ambil adalah pertama, anda mintak customer anda untuk snap gambar dan send kepada anda, kedua anda cari balik order history anda di website kami [order reference], dan seterusnya anda email kepada kami di [email protected] attachkan/kepilkan sekali gambar yang customer anda berikan kepada anda. Subject anda letak order reference customer anda tu. Nanti admin akan follow up dan hubungi anda.

Tapi, pastikan barang sampai kepada customer tidak melebihi dari 3hari. Maksudnya, jika barang tu dah sampai kepada customer anda, minta customer ada check jika ada apa2 masalah, selepas 3hari kami tidak akan accept dan jika barang tersebut telah dicuci seperti baju kami juga tidak akan accept. Jika berlaku perkara seperti ini, anda boleh merunding dengan kami. Dan kami akan cuba beri penyelesaian yang terbaik.

Ini sahaja yang admin dapat share untuk anda, jika anda ada apa2 pertayaan, anda boleh tinggalkan komen dibawah atau boleh terus hubungi kami.

 

Comments

Created On Tuesday, December 25, 2018 Posted By Siti Zubaidah Binti Mohammad Talib Comment Link
Macam mana nak jadi dropship
Created On Sunday, December 23, 2018 Posted By Fadzilah Bt Saaod Comment Link
hi..please help me this job...becouse i like it
Created On Wednesday, November 21, 2018 Posted By azman Comment Link
macam mana nak join dropshil
Created On Tuesday, October 24, 2017 Posted By Duanebat Comment Link
Xv Интернет магазин кошельки женские санкт , Цена где купить немецкие женские кошельки saaj
Showing 1 - 4 of 4 items

Leave your comment

secure payment KNT

Latest Blogs